ABOUT US

Aktiviti sukan dan riadah telah menjadi pilihan gaya hidup masyarakat moden dan ia memberi kebaikan dan kesejahteraan kepada individu yang terlibat sama ada daripada aspek fizikal, mental dan spiritual. Ia juga memantapkan pelaksanaan ibadah dan ketaatan diri seseorang individu muslim terhadap Allah SWT.

Penjagaan Aurat Wanita Bersukan telah lama di terapkan dan dipraktikkan oleh kaum hawa dengan mengikut garis panduan yang telah di tetapkan. Kita dapat melihat perubahan fesyen berhijab yang semakin sesuai dgn aktiviti yang di lakukan.

Lasports Malaysia mengambil inisiatif menjadi yang pertama di dunia hijab dengan melahirkan Tudung Sukan No.1. Tudung sukan Lasports di inspirasikan khas untuk muslimah yang aktif. Minat dan hobi dalam sukan golf memastikan kualiti dan fabrik yang di pilih berada di tahap kualiti yang paling baik kepada pengguna seterusnya bagi memastikan Lasports Malaysia menjadi pilihan utama ahli sukan berhijab dan sangat bersesuaian dengan pakaian sukan yang di pakai.